Kuala
Terengganu : Hanya kerana bertanya mengenai
telefon bimbit yang diambil anaknya, seorang ibu bukan saja dimaki hamun malah
diugut ditikam dengan sebilah parang dalam satu kejadian di sebuah rumah di
Jalan Kubang Ikan, Chendering pada 26 Januari 2014 lalu. Suspek berusia 32
tahun turut bertindak agresif apabila merosakkan barangan di dalam rumah dengan
tujuan menakutkan warga emas berusia 67 tahun itu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai
berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila mangsa yang berada di rumahnya
bertanya kepada suspek mengenai telefon bimbit miliknya yang diambil suspek dua
hari sebelum kejadian. Sumber berkata, suspek sebelum itu kerap mengamuk
sekiranya permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi mangsa.
Katanya, susulan kejadian, mangsa yang
bimbang keselamatannya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis
Chendering untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pendaftar Kanan Mahkamah
Seksyen Muhammad Firdaus Abdul Rahim membenarkan suspek direman sehingga Khamis
ini (esok) untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan
ugutan jenayah.
Harrah's Hotel and Casino, Atlantic City, NJ - MapYRO
ReplyDeleteHarrah's Hotel and Casino · 1. 777 Harrahs Blvd, Atlantic 의정부 출장마사지 City, NJ 08401. Directions · (609) 317-5000. Call Now 울산광역 출장마사지 · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Accepts Rating: 4.6 · 944 reviews 충주 출장마사지 · Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for 남양주 출장샵 a Standard Room from our 토토 사이트 Partners)Which popular attractions are close to Harrah's Hotel and Casino?What are some of the property amenities at Harrah's Hotel and Casino?