Permainan congkak dipercayai berasal dari Afrika atau Arab dan dibawa masuk ke Asia Tenggara. Bukti tertua permainan ini dijumpai oleh pencari gali purba melalui Persatuan National Geographic dan menemui kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang bertarikh 5,000 sehingga 7,000 Sebelum Masihi di Jordan.
Permainan ini berasal dari Timur
Tengah sebelum tersebar ke Afrika seterusnya ke pelosok dunia. Congkak sampai ke
Asia melalui pedagang dan dibawa masuk ke Asia Tenggara dan bermula di Melaka
yang menjadi pusat perdagangan pada zaman dulu. Di Indonesia congkak dikenali
dengan nama congklak manakala Filipina dikenali sebagai sungka.
Pada zaman dulu, golongan istanabermain
congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah. Manakala rakyat
jelata bermain dengan mengorek lubang di tanah. Kini congkak semakin berkembang
di seluruh dunia dan diminati ramai dengan terciptanya pelbagai laman web
berkenaan permainan ini. Di zaman teknologi ini, permainan ini boleh dimainkan
secara dalam talian.

No comments:
Post a Comment