“Pemantauan
dan Penapisan (kandungan jenaka) adalah perkara utama yang dititikberatkan
(Astro) setiap minggu,” jelas Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani
berhubung kontroversi kandungan komedi peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM)
yang dianggap kurang sensitive dan tidak peka terhadap penonton. Kekecohan
tercetus apabila sketsa yang dipersembahkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad
pada minggu separuh akhir MLM2013 di Stadium Tertutp Bandaraya Johor Bharu
(MBJB), Johohr, Jumaat lalu mengundang kontroversi dan dikecam hebat peminat
kerana mengaibkan salah seorang juri iaitu Luna Maya.
Berikutan itu, timbul desas-desus
mempersoalkan pemantauan dan kawalan daripada Astro terhadap komedi peserta
yang sudah beberapa kali dilihat kurang sensitive dan mempersendakan individu
atau isu tertentu sebagai bahan jenaka di pentas pertandingan. Nizam yang
dihubungi berkata, pemantauan awal pada kandungan jenaka peserta adalah perkara
rutin paling penting yang diamalkan dalam setiap program siaran langsung.
“Ketika peserta mengadakan latihan
sebelum pertandingan sebenar, kita akan pantau dan kawal kandungan jenaka
meraka. Kalau ada yang tak sesuai, kita minta mereka buang. Cuma biasalah
apabila pertandingan secara langsung, kadang-kadang mungkin peserta terlupa
jenaka yang sudah disusun. Jadi mereka terpaksa mengeluarkan jenaka spontan
daripada apa yang mereka lihat depan mata untuk menyelamatkan keadaan. Bila dah
spontan, mungkin ada (kandungan) kurang sesuai dan menggangu sensitivity pihak
tertentu tapi sya percaya ia bukan disengajakan,” katanya.
Beberapa hari lalu, Nabil dalam
kenyataannya berkata, dia tidak menyangka jenaka itu dianggap sebagai unsure
penghinaan dan mengaibkan Luna. Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk meminta
maaf kerana tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi
dengan pelakon dan pengacara dari Indonesia itu. Nabil juga meluahkan rasa
kesal dengan sikap segelintir peminat yang berfikiran sempit dan
mebesar-besarkan hal terbabit. Mengulas lanjut, Nizam berkata, pihanya sudah
menghubungi Luna dan menjernihkan kekeliruan yang timbul.
“Kita sudah jelaskan pada Luna bagi
mengelakkan perkara ini jadi salah faham. Saya percaya sama ada Nabila tau
mana-mana peserta sedia maklum dan peka terhadap polisi yang ditetapkan. Apa
juja bahan jenaka yang ‘terlepas’ ketika siaran langsung akan kami tapis dan
senyapkan audio (mute) untuk siaran di televisyen. Malah, sebelum ini pun kita
pernah mengeluarkan surat amaran kepada peserta yang melanggar polisi yang
sudah dipersetujui dari awal,” katanya.
Katanya, pelbagai kontroversi yang
timbul sepanjang pertandingan tahun ini adalah perkara lumrah kerana MLM
menghimpunkan bintang-bintang besar komedi tanah air.
“Apabila anda mengumpulkan
artis-artis popular kontroversi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kita
hanya bole hulas kalau kontroversi berkaitan pertandingan tapi kalau
kontroversi peribadi itu hak mereka,” katanya. Peringkat akhir MLM2013 malam
esok akan menyaksikan persaingan lima finalis iaitu kumpulan SEPAHTU, SHIRO,
BOCEY, JAMBU dan NABIL.

No comments:
Post a Comment