Google Adsense adalah salah sebuah program PPC (Pay Per Click) yang paling disukai oleh semua publisher dan blogger di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program PPC ini juga telah melahirkan ramai jutawan bahkan millionaire muda melalui internet, semuanya betul dan bukanlah SCAM. Ok, sesuai dengan judul artikel kita ini, saya akan memberitahu anda bagaimana cara-cara untuk mendapatkan $100 per hari daripada Google Adsense dengan MUDAH tanpa harus memiliki website mahupun blog.
Kalau boleh mendapatkan $100 per hari bererti dalam sebulan anda akan mendapat $3000 per bulan. Kalau ia ditukarkan ke mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan jumlah RM 3.26 untuk satu dollar, maka pendapatan perbulan yang didapatkan adalah sekitar RM 9774.00. Itu bukanlah jumlah yang saya rasa sangat sikit untuk sebulan. Kali ini anda pasti semakin tidak sabar dan berminat untuk mencubanya.
Teruskan membaca artikel ini.
Okay, sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan $100 per hari dari Google Adsense, ada baiknya jika anda perhatikan dahulu Screen Shoot di bawah ini. Mungkin akan membuat anda semakin tidak sabar untuk membuatnya.
Mungkin anda sukar untuk percaya dengan Screen Shoot di atas ini, bagaimana mungkin boleh mendapat $100 per hari dengan mudah tanpa harus memiliki website atau blog? Ok, kerana anda sudah sangat tidak sabar maka saya akan beritahu anda rahsianya. Silakan untuk anda lakukan sekarang juga, dan anda akan segera melihat screen shoot penghasilan Google Adsense yang diinginkan tepat di depan monitor anda. Ye! Anda tidak salah baca. Cuma perlukan beberapa langkah dalam masa yang tidak lama.
Berikut ini adalah langkah-langkah yang penting dan anda harus lakukan :-
1. Pertama sekali buka dulu halaman ini di browse anda http://www.hacktrix.com/google-adsense-money-generator/
2. Akan muncul Google Adsense Money Generator. Lalu isi 2 kolum yang ada di halaman tersebut.
3. Pada bahagian “Money youwanna make today” isikan dengan jumlah $100.
4. Lalu pada bahagian “Money you made yesterday” isikan juga dengan jumlah $100.
5. Lalu klik butang Generate Cash
6. Taddaa! Screen Shoot penghasilan anda hari ini akan mucul di halaman baru!!
7. Selamat Mencuba ! !
Anda ingin Screen Shoot yang lebih fantastik? Boleh je lorh, ikutlah nak buat Screen Shoot penghasilan berapa ratus dollar pun yang anda inginkan. Oit, janganla marah ye. Saya dah bagi tahu cara-caranya tapi nak marah saya balik ??
Point paling penting yang saya hendak sampaikan di sini adalah, kebanyakan orang akan sangat tertarik dan tidak sabar apabila melihat sesuatu yang menghasilkan duit yang banyak tapi tidak semua orang betul-betul mahu bekerja keras untuk mewujudkan keinginan untuk mendapatkannya. Begitu banyak juga orang yang mencari informasi bagaimana cara untuk menghasilkan duit melalui internet tetapi hanya sedikit sahaja yang betul-betul bekerja keras untuk mewujudkannya. Contoh paling mudah, kita lihat anda tadi berusaha untuk membuat langkah-langkah dari 1 sehingga 6. Sudah tentu itu dianggap satu usaha untuk melakukan sesuatu, dan akhirnya berhasil walaupun hanya sebuah Screen Shoot sahaja, tetapi ia tetap satu usaha.
Bisnes online
Apapun itu, tidak ada bezanya dengan bisnes offline. Semuanya memerlukan kerja keras dan yang membezakannya hanyalah caranya. Begitu juga dengan Google Adsense, jika sekarang anda bertanya pada saya apakah ada orang yang punya penghasilan $100 per hari dari Google Adsense? Jawapannya adalah YA, ada banyak orang yang mempunyai penghasilan $100 per hari daripada Google Adsense atau bahkan lebih daripada itu. Dan untuk mendapatkan semua itu, mereka haruslah bekerja keras secara konsisten dan melalui proses yang lama.
Jika anda tertarik untuk mendapatkan penghasilan $100 per hari dari Google Adsense, maka anda harus mula bekerja keras dari sekarang. Tidak ada batasan waktu tertentu, mungkin sahaja harapan anda akan tercapai dalam masa bulan, ataupun boleh tercapai dalam masa sehingga bertahun. Pada asalnya, untuk mendapatkan penghasilan $100 per hari dari Google Adsense bukanlah sesuatu yang mustahil. Segala yang kita hasilkan dengan bersungguh-sungguh pasti akan memberikan hasil yang sepadan dengan usaha ikta. Semoga artikel ini menberi inspirasi keapda anda semua. Good Luck!!

.jpg)
.jpg)







