Kuantan : Syarikat kontraktor utama
perlu memantau prestasi perlu memantau prestasi semua subkontraktor di bawah
kendalian masing-masing bagi memastikan kerja menambahbaikan dan
penyelenggaraan di seluruh negeri ini berjalan lancer serta siap mengikut
jadual.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan
Yaakob berkata, syarikat subkontraktor dipertanggungjawab melaksanakan kerja
penambahbaikan atau penyelenggaraan perlu menghargai peluang disediakan dengan
penuh komited, amanah dan berdisiplin. “Subkontraktor perlu menjaga etika kerja
dengan mematuhi jadual ditetapkan selain tidak cuba melakukan penipuan kerana
prestasi mereka akan dipantau YP Maintenance Sdn Bhd.”
“Jika ada subkontraktor tidak
menepati sasaran, mereka mungkin tidak ada peluang kedua,” katanya ketika
berucap di Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Penyelenggaraan Jalan Negeri di
wisma Sri Pahang pada 28 Januari 2014. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa
Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak serta
Pengarah YP Maintenance Sdn Bhd, Datuk Hasnur Rabiain Ismail.
Beliau berkata, Syarikat YP
Maintenance Sdn Bhd sebagai kontraktor utama melaksanakan kerja penyelemggaraan
sema jalan berdaftar dengan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
di negeri Pahang menerusi 84 subkontraktor yang dipilihnya perlu memikul
tanggungjawab berkenaan supaya tiada timbul sebarang masalah yang akhirnya
merugikan banyak pihak.
No comments:
Post a Comment