Wednesday, 5 February 2014

Terkejut Aksi JUSTIN BIEBER




Dua peminat tegar dapat hadiah iPhone 5C
pemberian penyanyi popular itu

          Menerima hadiah daripada artis pujaan mungkin ibarat mimpi, namun bukan bagi dua peminat tegar Justin Bieber selepas masing-masing diberikan telefon pintar iPhone 5C oleh penyanyi popular itu baru-baru ini. Difahamkan dua gadis bertuah itu mengunjungi sebuah kedai Apple di New York, Amerika Syarikat dan bertembung dengan yang berada di Bandar raya berkenaan untuk menghadiri parti Super Bowl.

      Menurut peminat Lalita Selochan, dia bersama seorang rakan wanita menunggu penyanyi lagu Baby itu di luar hotel penginapan Bieber sejak Sabtu lalu. “Kami masuk ke kedai Apple itu untuk panaskan badan kerana kesejukkan selepas menghantar pesanan Twitter kepada Bieber,” jelasnya menerusi akaun Twitter. Katanya, mereka kemudian menonton muzik video terbaru penyanyi itu berjodol Confident di kedai terbabit sebelum merasakan seseorang menepuk bahunya.

        “Saya terdengar orang itu berkata : “Nampaknya kamu sedang menyaksikan muzik video terbaru” dan terkejut mendapati Justin Bieber berdiri di depan saya,” katanya. Selepas bertanyakan warna kegemaran peminatnya, penyanyi berusia 19 tahun itu kemudian membeli telefon pintar iPhone 5C untuk mereka. Menurut sumber, Bieber memberitahu pekerja kedai dia mahu model iPhone 5C merah jambu dan satu lagi warna hijau untuk kedua-dua gadis berkenaan.

          “Dia turut memesan satu lagi model sama yang berwarna kuning untuk dirinya. Justin kemudian menyerahkan telefon bimbit dipesan kepada kami. Saya memberitahu akan sentiasa menyokongnya walaupun pelbagai khabar angin mengenainya tercetus. Justin memberitahu dia saying kami sebelum beredar ke hotel bersama pengawal keselamatannya,” katanya.


           Selochan menyifatkan Bieber seorang yang baik hati, mengambil berat dan lucu, jauh berbeza dengan laporan pihak media mengenai penyanyi itu. Terdahulu, penyanyi kontroversi akibat masalah social itu dilaporkan mengurat beberapa wanita ketika mengunjungi kelab Hell’s Kitchen di New York. Bekas teman lelaki penyanyi selena Gomez itu dikatan menyelinap memasuki kelab berkenaan bersama pengawal keselamatannya pada sekitar jam 1 pagi.

         Kehadiran selebriti tampan itu menarik ramai wanita mengerumuni meja makanannya manakala ada pelanggan cuba merakam Bieber menggunakan telefon bimbit mereka. Menurut sumber, terdapat banyak arak di atas meja namun Bieber tidak minum dan kelihatan berborak dengan beberapa wanita yang menarik perhatiannya. Pengawal keselamatan akan membawa wanita yang ditunjuk penyanyi itu sehingga pada satu tahap Bieber kelihatan seperti bertukar nombor telefon dengan salah seorang wanita,” kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment