Ada kalanya gelaran yang diberi membuatkan ramai peminat pemain terbaik Eropah terbabit lupa nama sebenar mereka. The Union, The Trout, The Devil dan Dragon-Head adalah antara gelaran yang pernah diberikan kepada pemain terhebat Eropah. Perkara itu bukan baru tetapi gelaran ke atas pemain sudah berlaku sejak lama dulu dan menariknya, mereka tetap dipanggil dengan nama gelaran walaupun sudah bersara daripada arena bola sepak. Ikuti beberapa nama gelaran yang dianggap sebagai antara terhebat di benua Eropah.
1. The Baby-Faced Assassin (Pembunuh berwajah kebudak-budakan) - Ole Gunnar Solskjaer (Norway)
Beliau kini adalah pengurus Cardiff City dan gelaran itu diberikan kepadanya selepas umum mengetahui kemampuannya merobek gawang lawan. Aksinya yang hebat itu amat menarik dan wajahnya yang kebudak-budakan menambahkan lagi minat umum terhadapnya. Dari wajahnya itu, gelaran selaku - pembunuh berwajah kebudak-budakan - diberikan kepadanya. Pada usia mencecah 40 tahun ketika ini, masih ramai yang memanggilnya dengan gelaran itu.
2. Bieber - Aleksandr Kokorin (Rusia)
Rakan sepasukannya di dalam skuad kebangsaan Russia, Roman Shirokov adalah individu pertama yang menggelarnya dengan nama Bieber selepas mendapat tahu Kokorin yang juga penyerang skuad FC Dinamo Moskva itu sangat meminati bintang pop Kanada, Justin Bieber.
3. The Devil (Syaitan) - Ridvan Dilmen (Turki)
Dilmen adalah pemain terhebat Fenerbahce SK pada pertengahan 1990-an. Dia digelar Syaitan oleh jurulatihnya, Kemal Dirikan ketika aksi di Muglaspor gara-gara kepantasan, kelicikan dan kebijaksanaannya menipu pemain lawan.
4. Guzo (Big Ass - Si Punggung Lebar) - Dragan Vukojic (Serbia)
Mungkin itu satu gelaran yang memalukan. Dalam bahasa tempatan, Guzo adalah gelaran untuk individu yang pemalas dan ia dianggap sangat bersesuaian dengan penyerang FK Buducnost Podgorica pada tahun 1970-an hingga 80-an itu. Vukojic boleh dilabel sebagai pemain yang malas tetapi dia cukup berbahaya setiap kali mendapat bola di dalam kotak penalti lawan.
5. Dimbo (Lembap dan dungu) - Ferenc Deak (Hungary)
Satu lagi gelaran yang memalukan. Pada 1940-an, Deak yang juga penyerang antarabangsa Hungary itu turut dikenali sebagai Bamba - bahasa tempatan merujuk kepada seseorang yang lembap dan dungu. Gelaran itu diberikan kerana Deak hanya gemar berlegar di kawasan tengah bulatan padang. Tetapi itu adalah taktik yang diamalkan Deak kerana secara tiba-tiba, dia akan menyelinap di celah pemain lawan untuk menjaringkan gol. Helanya itu cukup berjaya kerana menjaringkan gol 66 gol buat kelab Szentlorinci AC pada musim 1945 dan 1946.
6. Dragon-Head (Kepala naga) - Catalin Munteanu (Romania)
Munteanu adalah salah seorang pemain paling berpengalaman di dalam skaud FC Dinamo Bucuresti. Dia menghabiskan sebahagian besar keriernya di Sepanyol tetapi itu tidak membuatkan dia terselamat daripada di gelar Cap de Zmeu (Kepala Naga) kerana saiz kepalanya yang agak besar berbanding dengan tubuhnya.
7. Cesar - Billy McNeill (Scotland)
Satu gelaran yang jarang didengar. Walaupun tahap kepimpinannya sangat luar biasa, rakan sepasukannya di dalam skuad Celti FC tidak memanggilnya dengan nama Caesar tetapi Cesar merujuk kepada sebuah filem dikeluarkan Rat Pack, Ocean's Eleven. Skuad Celti FC suka menjadikan lakonan sebagai aktiviti sampinagn dan McNeill pernah melakonkan watak Cesar Romero keran dia adalah satu-satunya pemain muda Celtic yang mempunyai kereta sendiri.
8. Dino - Jan Koller (Republic Czech)
Gara-gara ketinggiannya, Koller digelar Dinosaur oleh rakan sepasukannya dan gelaran itu sudah bermula sejak awal pembabitannya di dalam bola sepak. "Apabila saya berhijrah ke pasukan lain termasuk ke luar negara, gelaran itu tetap melekat dan ia kekal sepanjang karier saya," katanya. Gelaran itu cukup popular hinggakan seekor zirafah di sebuah zoo di negaranya turut dipanggil Dino sempena menghormati kebolehannya.
9. The Eel (Belut) - Dragoje Lekovic (Serbia)
Penjaga gol Montenegro yang kerap disenaraikan untuk mewakili Yugoslavia pada era 90-an itu digelar Jegulja (belut) atau singkatannya Jego. Gelaran itu diberikan sejak awal pembabitannya kerana tubuhnya yang tinggi dan kurus.
10. The Gardener (Si tukang kebun) - Julio Cruz (Argentina)
Berdasarkan catatan, beekas penyerang kelab FC Internazionale Milano itu dipanggil El Jardinero kerana dia pernah bekerja sebagai penjaga padang di kelab pertamanya iaitu CA Banfield pada 1993. Begitupun, hasil usaha keras serta aksinya yang memikat setiap kali sesi ujian membuatkan pengurusan kelab menghulur kontrak selaku pemain kepadanya. Kegemarannya bergambar bergambar di atas traktor menguatkan lagi gelaran itu. Di Inter, dia turut dikenali sebagai Poncherello kerana terlalu gilakan salah satu watak utama televisyen era 80-an iaitu Chips.
11. The Little Snowlake (Salji lembut) - Ronald Koeman (Belanda)
Ketika beraksi di FC Barcelona, pemain tengah Belanda itu digelar Floquet de neu (salji lembut) kerana rambutnya yang perang tetapi sebenarnya, rambutnya itu serupa dengan bulu gorila albino yang ditempatkan di dalam sebuah zoo di Barcelona.
12. Nureyev - Vasilis Hatzipanagis (Greeces)
Hatzipanagis adalah Diego Maradona versi Greece. Dia pernah berkata : "Setiap kali sya melihat ada pemain pertahanan di depan, saya seolah-olah mahu menggelecek dengan mereka semua." Gerakan hebatnya itu membuatkan dia digelar Nureyev - gelaran yang diperoleh daripada nama seorang penari ballet Russia, Rudolf Nureyev.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment