Thursday, 27 February 2014

HOGAN Kembali Hangatkan Pentas WWE


Bintang gusti Hulk Hogan kini kembali ke WWE selepas kali terakhir muncul di rancangan itu pada 2007. Media semalam melaporkan Hogan, 60, dijadual muncul dalam edisi terkini Monday Night Raw malam hari ini (25 Februari 2014) sebelum menjadi hos Westlemania XXX pada 6 April nanti. Dalam sejarah WWE Hogan adalah antara nama paling gah dalam kalangan peminat gusti.


          Mengulas mengenai kemunculan semula dalam keluarga ahli gusti WWE, Hogan berkata, tiada kata-kata dapat menggambarkan keterujaannya kali ini. “Saya hanya ada satu soalan kepada peminat semua : Apakah yang akan anda lakukan jika Hulkamania bertindak liar sebagai hos WrestleMania XXX?” katanya.

PROTES JUSTIN BIEBER MENJADI JIRAN

 

Penduduk Buckhead Bimbang Pengaruh Negatif Penyanyi Popular Merebak

Nampaknya penduduk kaya di Antlanta tidak berminat berjirankan remaja Kanada yang gemar berlumba ‘drag’ dan membaling telur ke rumah jirannya seperti Justin Bieber. Penduduk di kejiranan mewah Buckhead bercadang melakukan protes membabitkan 136 penduduk yang akan berhimpun seawal jam 6 pagi di luar rumah yang dikhabarkan bakal dibeli bintang remaja terbabit.



Kediaman dimaksudkan sebuah rumah agam bernilai AS$11 juta (RM36.2 juta) dengan tujuh bilik yang dibina pada tahun 2010. Khabarnya lokasi rumah itu berhampiran kediaman mentornya Usher. Kebimbangan penduduk tempatanatas kehadiran Bieber di kawasan perumahan mewah itu mungkin wajar memandangkan penyanyi terbabit masih disiasat pejabat Pendakwa Raya Los Angeles bagi kes membedil kediaman jirannya di Calabasas hujung tahun lalu akibat perselisihan faham.



“Kami sebagai anggota masyarakat di Buckhead berusaha keras mencapai setiap matlamat dan impian hidup kami selama ini. Jika Bieber dating ke sini ia pasti membawa pengaruh negatif terhadap anak-anak kami malah turut menjejaskan komuniti ini secara am. Pasti ada antara kami bimbang membiarkan anak kami bermain di luar rumah kerana semua orang tahu mengenai kesnya (Justin Bieber) berlumba ‘drag’ di bawah pengaruh alcohol dan dadah baru-baru ini. Apa jaminan untuk kami yang dia kini sudah memperbaik perangainya? Tolonglah, jangan biarkan seorang budak mentah menghancurkan segala usaha kami untuk mencapai impian diusahakn selama ini. Terima kasih atas sokongan diberikan!”, begitu mesej laman Facebook bagi acara protes berkenaan.



Menurut laman Facebook Kejiranan Buckhead mereka ingin ‘melindungi semngat dan warisan masyarakat Buckhead dengan menghalang sebarang pengaruh negatif sama ada dari luar atau dalam komuniti.’ Sementara itu, Presiden Kejiranan Buckhead Sam Massel berkata dia sendiri tidak akan menghadiri protes itu namun berpendapat penduduk di situ berhak menyuarakan pandangan mereka.

“Pada saya berpiket sekadar cara orang Amerika meluahkan pandangan mereka. Pada masa sama, hakikatnya Bieber juga berhak tinggal di mana saja dikehendakinya,” katanya. Malah, dia juga mengakui dirinya menjadi sasaran penunjuk perasaan ketika berpindah ke kawasan itu selepas dilantik sebagai Datuk Bandar pada awal 1960-an.



Menurut TMZ, bintang remaja itu memilih tinggal di Antlanta kerana mahu lebih dekat dengan komuniti hip hop di Antlanta seperti T-Pain, TI dan Rick Ross. Sementara itu, NBC 11 melaporkan kawasan kejiranan Buckhead tidak asing dengan golongan selebriti apabila bintang terkenal lain seperti Janet Jackson dan Elton John turut tinggal di situ malah dikhabarkan disambut meriah penduduk tempatan ketika berpindah ke sana.


Bieber dilaporkan berada di Antlanta sejak dua minggu lalu untuk menyiapkan program bersama TI malah memuat naik Tweet “Kembali berada di rumah kedua saya” tidak lama selepas tiba di situ. Dia kini menginap di rumah ala angkasa milik penerbit Dallas Austin.

Wednesday, 5 February 2014

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CERMIN TINTED




Masalah kecurian kereta sering dilaporkan di dada-dada akhbar. Pada masa ini pula, kegiatan memecahkan cermin kereta untuk mengambil barang-barang berharga di dalam kereta turut menjadi masalah kepada pemilik kenderaan. Lebih membimbangkan, kejadian ini berlaku di mana-mana sahaja sama ada di depan rumah, tempat letak kereta dan pasaraya.

       Daripada apa yang saya tahu, kejadian pecah cermin kereta turut berlaku di kawasan masjid semasa umat islam sedang menunaika solat Jumaat. Selesai solat mangsa mendapati cermin kereta kiri dan kanan  telah dipecahkan dan beberapa barang-barang berharga termasuk aksesori kereta telah hilang. Apabila perkara ini sering kali terjadi di Negara kita, mungkin ramai yang terfikir di mana lagi tempat yang selamat meletak kenderaan mereka. Sedangkan di kawasan masjid juga kejadian seperti ini boleh berlaku.

        Oleh itu, pelbagai panduan dan tips diberikan agar kereta selamat daripada dipecahkan seperti jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta. Namun, bagaimana pula dengan aksesori kereta seperti radio dan pemain cakera padat? Adakah kita perlu mengusung barang-barang tersebut setiap kali ingin keluar? Untuk mengatasi masalah cermin kereta dipecahkan, maka banyak kedai-kedai aksesori kereta memperkenalkan filem dan tinted cermin khas yang berfungsi sebagai penghalang cermin pecah dan sekali gus menyukarkan cermin dipecahkan.

        Namun, sedarkah kita bahawa cermin tempered yang ditampal dengan penapis haba khas ini boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang kenderaan kita? Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak terduga seperti kereta tiba-tiba sahaja terbakar atau terbabas lalu terhumban ke dalam sungai, mungkin kita perlu fikirkan kembali adakah sesuai cermin yang ditinted ini digunakan di seluruh kenderaan kita? Dalam keadaan cemas tersebut, kemungkinan pemandu atau penumpang akan panic sehingga menyebabkan mereka tidak mampu berfikir dengan betul. Oleh itu, dengan cara memecahkan cermin mampu untuk menyelamatkan nyawa.


     Walau bagaimanapun, sekiranya tinted tersebut digunakan di seluruh kenderaan, kebarangkalian pemandu dan penumpang terperangkap di dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi. Tambahan pula, sistem pada kenderaan masa kini dilengkapi dengan mekanisme kekunci yang dikawal oleh sistem elektronik pada pintunya. Sistem ini berfungsi sepenuhnya dengan bantuan elektrik. Jika hubungan dengan bateri terputus akibat kemalangan, maka pintu tidak dapat dibuka. Sudah pasti mangsa sukar untuk keluar melainkan memecahkan cermin kenderaan.

     Di samping itu, cermin yang menggunakan tinted khas ini keseluruhannya juga menyebabkan usaha-usaha menyelamat sukar untuk dilakukan oleh pihak yang tebabit kera ia perlu mengambil masa bagi penyelamat untuk mengeluarkan mangsa. Kebanyakkan pengeluar kenderaan di dunia menggunakan cermin kenderaan jenis laminated pada cermin hadapan kereta dan jenis tempared pada bahagian belakang dan sisi. Hal ini kerana, jika cermin laminated dipasang pada cermin hadapan, binaan yang terdiri daripada dua lapisan dapat melindungi pemandu dan penumpang di hadapan daripada terkena serpihan kaca juka cermin tersebut pecah terkena batu semasa memandu.

         Berbeza dengan jenis cermin tempared, cermin laminated sukar untuk pecah jika pecah sekalipun, hanya membentuk satu garisan atau retak kecil sahaj manakal cermin jenis temparedakan pecah berderai keseluruhannya. Perkara ini adalah untuk keselamatan pengguna kerana cermin tepid an belakang adalah dari binaan tempared bertujuan untuk mudah dipecahkan jika berlaku kecemasan, dan cermin ini akan pecah dalam bentuk deraian yang bulat sekaligus meminimumkan kecederaan pada pengguna.

            Harus diingatkan jika pencuri memecahkan kereta anda, aksesori dalam kereta masi boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut bila-bila masa. Anda boleh memeriksa syarikat insurans anda sama ada menawarkan perlindungan terhadap aksesori tersebut atau tidak. Tetapi jika anda ditimpa kemalangan, nyawa anda sangatlah penting. Jangan jadikan kenderaan anda sebagai perangkap diri anda sendiri dan orang-orang tersayang. Berfikir dulu sebelum bertindak mampu menyelamatkan nyawa.

Terkejut Aksi JUSTIN BIEBER




Dua peminat tegar dapat hadiah iPhone 5C
pemberian penyanyi popular itu

          Menerima hadiah daripada artis pujaan mungkin ibarat mimpi, namun bukan bagi dua peminat tegar Justin Bieber selepas masing-masing diberikan telefon pintar iPhone 5C oleh penyanyi popular itu baru-baru ini. Difahamkan dua gadis bertuah itu mengunjungi sebuah kedai Apple di New York, Amerika Syarikat dan bertembung dengan yang berada di Bandar raya berkenaan untuk menghadiri parti Super Bowl.

      Menurut peminat Lalita Selochan, dia bersama seorang rakan wanita menunggu penyanyi lagu Baby itu di luar hotel penginapan Bieber sejak Sabtu lalu. “Kami masuk ke kedai Apple itu untuk panaskan badan kerana kesejukkan selepas menghantar pesanan Twitter kepada Bieber,” jelasnya menerusi akaun Twitter. Katanya, mereka kemudian menonton muzik video terbaru penyanyi itu berjodol Confident di kedai terbabit sebelum merasakan seseorang menepuk bahunya.

        “Saya terdengar orang itu berkata : “Nampaknya kamu sedang menyaksikan muzik video terbaru” dan terkejut mendapati Justin Bieber berdiri di depan saya,” katanya. Selepas bertanyakan warna kegemaran peminatnya, penyanyi berusia 19 tahun itu kemudian membeli telefon pintar iPhone 5C untuk mereka. Menurut sumber, Bieber memberitahu pekerja kedai dia mahu model iPhone 5C merah jambu dan satu lagi warna hijau untuk kedua-dua gadis berkenaan.

          “Dia turut memesan satu lagi model sama yang berwarna kuning untuk dirinya. Justin kemudian menyerahkan telefon bimbit dipesan kepada kami. Saya memberitahu akan sentiasa menyokongnya walaupun pelbagai khabar angin mengenainya tercetus. Justin memberitahu dia saying kami sebelum beredar ke hotel bersama pengawal keselamatannya,” katanya.


           Selochan menyifatkan Bieber seorang yang baik hati, mengambil berat dan lucu, jauh berbeza dengan laporan pihak media mengenai penyanyi itu. Terdahulu, penyanyi kontroversi akibat masalah social itu dilaporkan mengurat beberapa wanita ketika mengunjungi kelab Hell’s Kitchen di New York. Bekas teman lelaki penyanyi selena Gomez itu dikatan menyelinap memasuki kelab berkenaan bersama pengawal keselamatannya pada sekitar jam 1 pagi.

         Kehadiran selebriti tampan itu menarik ramai wanita mengerumuni meja makanannya manakala ada pelanggan cuba merakam Bieber menggunakan telefon bimbit mereka. Menurut sumber, terdapat banyak arak di atas meja namun Bieber tidak minum dan kelihatan berborak dengan beberapa wanita yang menarik perhatiannya. Pengawal keselamatan akan membawa wanita yang ditunjuk penyanyi itu sehingga pada satu tahap Bieber kelihatan seperti bertukar nombor telefon dengan salah seorang wanita,” kata sumber itu.

Kadar TOL Kekal




‘Buah Tangan’ Kepada Pengguna Lebuh Raya Seluruh Negara

         Berita gembira buat pengguna lebuh raya bertol apabila kerajaan semalam (5 Februari 2014) mengumumkan ‘buah tangan’ buat rakyat iaitu tiada kenaikan kadar tol akan berlaku sepanjang tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itudibuat selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna selain prihatin dengan kebajikan rakyat. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih Rm400 juta sebagai ganti rugi yang akan dibayar kepada syarikat konsesi yang berkenaan.

     “Sebelum ini, ada syarikat konsesi yang sudah mengemukan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan kadar tol berdasarkan ikatan perjanjian, namun kita memutuskan tiada kenaikan kadar tol kerana tidak mahu membebankan pengguna. Oleh itu, kerajaan perlu menampung jumlah ganti rugi lebih RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi berkenaan. Justeru, pengguna tidak akan menerima kesan kadar tol baru itu,” katanya pada siding media selepas mempengerusikan mensyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup di Putrajaya semalam.

     Katanya, mesyuarat semalam juga memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh terhadap konsesi sedia ada sama ada rundingan boleh dilakukan dengan pemilik konsesi bagi melanjutkan konsesi bertujuan mengelak kadar tol dinaikkan pada masa depan. Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga bersetuju supaya Kementeria Kerja Raya mengadakan perbincangan awal dengan syarikat konsesi bagi memastikan rakyat akan terus menikmati kadar tol berpatutan.

      Sebelum ini, syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan menghantar permohonan kepada Kementerian Kerja Raya supaya kadar tol yang dinaikkan disemak semula kerana kadar sedia ada mendatangkan kerugian kepada syarikat berkenaan dan sembilan daripadanya sudah disenarai pendek untuk dipertimbangkan. Bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan kadar tol bagi semua lebuh raya kekal pada kadar semasa sementara menunggu keputusan kerajaan berhubung kenaikan kadar tol berkenaan.

          Isu kenaikan kadar tol yang tersebar sejak akhir tahun lalu itu turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudiannya mengarahkan satu perbincangan makmal dilakukan secara mendalam bagi mengambil kira kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya.

        Perbincangan dimaksudkan termasuk mencari formula dan kaedah terbaik mencapai keseimbangan antara syarikat konsesi yang perlu membayar semula pinjaman dengan beban pengguna lebuh raya. Kerajaan sebelum ini terpaksa menanggung kos pampas an yang dibayar kepada syarikat konsesi bagi penangguhan kadar tol terutama sebanyak RM459 juta bagi tempoh antara 2008 hingga 2011 selain RM329 juta pada 2012 dan RM343 juta pada 2013.

ASTRO Hubungi Luna Maya Isu Lawak Nabil




“Pemantauan dan Penapisan (kandungan jenaka) adalah perkara utama yang dititikberatkan (Astro) setiap minggu,” jelas Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berhubung kontroversi kandungan komedi peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) yang dianggap kurang sensitive dan tidak peka terhadap penonton. Kekecohan tercetus apabila sketsa yang dipersembahkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad pada minggu separuh akhir MLM2013 di Stadium Tertutp Bandaraya Johor Bharu (MBJB), Johohr, Jumaat lalu mengundang kontroversi dan dikecam hebat peminat kerana mengaibkan salah seorang juri iaitu Luna Maya.

            Berikutan itu, timbul desas-desus mempersoalkan pemantauan dan kawalan daripada Astro terhadap komedi peserta yang sudah beberapa kali dilihat kurang sensitive dan mempersendakan individu atau isu tertentu sebagai bahan jenaka di pentas pertandingan. Nizam yang dihubungi berkata, pemantauan awal pada kandungan jenaka peserta adalah perkara rutin paling penting yang diamalkan dalam setiap program siaran langsung.

            “Ketika peserta mengadakan latihan sebelum pertandingan sebenar, kita akan pantau dan kawal kandungan jenaka meraka. Kalau ada yang tak sesuai, kita minta mereka buang. Cuma biasalah apabila pertandingan secara langsung, kadang-kadang mungkin peserta terlupa jenaka yang sudah disusun. Jadi mereka terpaksa mengeluarkan jenaka spontan daripada apa yang mereka lihat depan mata untuk menyelamatkan keadaan. Bila dah spontan, mungkin ada (kandungan) kurang sesuai dan menggangu sensitivity pihak tertentu tapi sya percaya ia bukan disengajakan,” katanya.

            Beberapa hari lalu, Nabil dalam kenyataannya berkata, dia tidak menyangka jenaka itu dianggap sebagai unsure penghinaan dan mengaibkan Luna. Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan pelakon dan pengacara dari Indonesia itu. Nabil juga meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir peminat yang berfikiran sempit dan mebesar-besarkan hal terbabit. Mengulas lanjut, Nizam berkata, pihanya sudah menghubungi Luna dan menjernihkan kekeliruan yang timbul.

            “Kita sudah jelaskan pada Luna bagi mengelakkan perkara ini jadi salah faham. Saya percaya sama ada Nabila tau mana-mana peserta sedia maklum dan peka terhadap polisi yang ditetapkan. Apa juja bahan jenaka yang ‘terlepas’ ketika siaran langsung akan kami tapis dan senyapkan audio (mute) untuk siaran di televisyen. Malah, sebelum ini pun kita pernah mengeluarkan surat amaran kepada peserta yang melanggar polisi yang sudah dipersetujui dari awal,” katanya.

            Katanya, pelbagai kontroversi yang timbul sepanjang pertandingan tahun ini adalah perkara lumrah kerana MLM menghimpunkan bintang-bintang besar komedi tanah air.

          “Apabila anda mengumpulkan artis-artis popular kontroversi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kita hanya bole hulas kalau kontroversi berkaitan pertandingan tapi kalau kontroversi peribadi itu hak mereka,” katanya. Peringkat akhir MLM2013 malam esok akan menyaksikan persaingan lima finalis iaitu kumpulan SEPAHTU, SHIRO, BOCEY, JAMBU dan NABIL.