Sebutan Semula Kes Ditetapkan Pada
27 Februari 2014
Kuantan : Mahkamah Tinggi Kuantan telah
menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan semula kes membabitkan ketua kumpulan
ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, 47 tahun, bersama tiga pengikutnya
yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP), Ahmad Raffli Abul Malek.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman
menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh
mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk penggabungan kedu-dua kes supaya
di bicarakan serentak. Peguam, Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili Harun
dan isterinya, Azida Mohd Zol, 30 tahun, serta pengikutnya, Sumustapha Suradi,
39 tahun dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37 tahun meminta pihak pendakwaan
menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada pihaknya bagi memudahkan persiapan
kes pembelaan.
Pada 16 Disember lalu, Sumustapha
didakwa bersama dua lagi yang masih bebas membunuh pegawai kanan JAIP itu di
rumahnya di No. 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota pada jam 1.50 tengah
hari 10 November 2013. Lelaki dari Sandakan , Sabah itu dipercayai pengikut
Harun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34
Kanun sama.
Harun, Zaida dan Shaizral Eddie pula
berdepan tuduhan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama kerana bersama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas
mempunyai niat bersama melakukan konspirasi jenayah berkenaan. Semua terdtuduh
terbabit berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan dalam
kes pembunuhan yang mendapat perhatian umum itu.
Harun yang diserang angin ahmar pada
November lalu tiba di Mahkamah Tinggi dengan menaiki trak polis dan memakai
baju-T berwarna putih manakal isterinya mengenakan baju lokap berwarna jingga
dan berpurdah hitam. Harun masih menggunakan kerusi roda untuk bergerak selepas
diserang angin ahmar ketika di tahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kuantan untuk siasatan kes itu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment