Bentong
: Polis menahan
empat individu termasuk dua wanita masing-masing warga tempatan dan Vietnam,
bagi membantu siasatan membabitkan seorang lelaki yang ditemui mati di tandas
sebuah restoran di Gneting Highlands pada 25 Januari 2014 lalu.
Ketua
Polis Daerah Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, semua suspek
berusia antara 32 hingga 52 tahun itu ditahan di lobi dan bilik hotel di pusat
peranginan Genting Highlands beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui.
Katanya,
siasatan awal mendapati semua suspek rakan kongsi kepada mangsa Lim Foo Long,
40 tahun dan mereka berkunjung ke pusat peranginan berkenaan semata-mata mahu
menuntut wang yang dipinjam mangsa sebelum ini.
No comments:
Post a Comment