Wednesday, 5 February 2014

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CERMIN TINTED




Masalah kecurian kereta sering dilaporkan di dada-dada akhbar. Pada masa ini pula, kegiatan memecahkan cermin kereta untuk mengambil barang-barang berharga di dalam kereta turut menjadi masalah kepada pemilik kenderaan. Lebih membimbangkan, kejadian ini berlaku di mana-mana sahaja sama ada di depan rumah, tempat letak kereta dan pasaraya.

       Daripada apa yang saya tahu, kejadian pecah cermin kereta turut berlaku di kawasan masjid semasa umat islam sedang menunaika solat Jumaat. Selesai solat mangsa mendapati cermin kereta kiri dan kanan  telah dipecahkan dan beberapa barang-barang berharga termasuk aksesori kereta telah hilang. Apabila perkara ini sering kali terjadi di Negara kita, mungkin ramai yang terfikir di mana lagi tempat yang selamat meletak kenderaan mereka. Sedangkan di kawasan masjid juga kejadian seperti ini boleh berlaku.

        Oleh itu, pelbagai panduan dan tips diberikan agar kereta selamat daripada dipecahkan seperti jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta. Namun, bagaimana pula dengan aksesori kereta seperti radio dan pemain cakera padat? Adakah kita perlu mengusung barang-barang tersebut setiap kali ingin keluar? Untuk mengatasi masalah cermin kereta dipecahkan, maka banyak kedai-kedai aksesori kereta memperkenalkan filem dan tinted cermin khas yang berfungsi sebagai penghalang cermin pecah dan sekali gus menyukarkan cermin dipecahkan.

        Namun, sedarkah kita bahawa cermin tempered yang ditampal dengan penapis haba khas ini boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang kenderaan kita? Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak terduga seperti kereta tiba-tiba sahaja terbakar atau terbabas lalu terhumban ke dalam sungai, mungkin kita perlu fikirkan kembali adakah sesuai cermin yang ditinted ini digunakan di seluruh kenderaan kita? Dalam keadaan cemas tersebut, kemungkinan pemandu atau penumpang akan panic sehingga menyebabkan mereka tidak mampu berfikir dengan betul. Oleh itu, dengan cara memecahkan cermin mampu untuk menyelamatkan nyawa.


     Walau bagaimanapun, sekiranya tinted tersebut digunakan di seluruh kenderaan, kebarangkalian pemandu dan penumpang terperangkap di dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi. Tambahan pula, sistem pada kenderaan masa kini dilengkapi dengan mekanisme kekunci yang dikawal oleh sistem elektronik pada pintunya. Sistem ini berfungsi sepenuhnya dengan bantuan elektrik. Jika hubungan dengan bateri terputus akibat kemalangan, maka pintu tidak dapat dibuka. Sudah pasti mangsa sukar untuk keluar melainkan memecahkan cermin kenderaan.

     Di samping itu, cermin yang menggunakan tinted khas ini keseluruhannya juga menyebabkan usaha-usaha menyelamat sukar untuk dilakukan oleh pihak yang tebabit kera ia perlu mengambil masa bagi penyelamat untuk mengeluarkan mangsa. Kebanyakkan pengeluar kenderaan di dunia menggunakan cermin kenderaan jenis laminated pada cermin hadapan kereta dan jenis tempared pada bahagian belakang dan sisi. Hal ini kerana, jika cermin laminated dipasang pada cermin hadapan, binaan yang terdiri daripada dua lapisan dapat melindungi pemandu dan penumpang di hadapan daripada terkena serpihan kaca juka cermin tersebut pecah terkena batu semasa memandu.

         Berbeza dengan jenis cermin tempared, cermin laminated sukar untuk pecah jika pecah sekalipun, hanya membentuk satu garisan atau retak kecil sahaj manakal cermin jenis temparedakan pecah berderai keseluruhannya. Perkara ini adalah untuk keselamatan pengguna kerana cermin tepid an belakang adalah dari binaan tempared bertujuan untuk mudah dipecahkan jika berlaku kecemasan, dan cermin ini akan pecah dalam bentuk deraian yang bulat sekaligus meminimumkan kecederaan pada pengguna.

            Harus diingatkan jika pencuri memecahkan kereta anda, aksesori dalam kereta masi boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut bila-bila masa. Anda boleh memeriksa syarikat insurans anda sama ada menawarkan perlindungan terhadap aksesori tersebut atau tidak. Tetapi jika anda ditimpa kemalangan, nyawa anda sangatlah penting. Jangan jadikan kenderaan anda sebagai perangkap diri anda sendiri dan orang-orang tersayang. Berfikir dulu sebelum bertindak mampu menyelamatkan nyawa.

No comments:

Post a Comment