‘Buah Tangan’ Kepada Pengguna
Lebuh Raya Seluruh Negara
Berita gembira buat pengguna lebuh
raya bertol apabila kerajaan semalam (5 Februari 2014) mengumumkan ‘buah
tangan’ buat rakyat iaitu tiada kenaikan kadar tol akan berlaku sepanjang tahun
ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan
itudibuat selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna selain
prihatin dengan kebajikan rakyat. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan
terpaksa memperuntukkan lebih Rm400 juta sebagai ganti rugi yang akan dibayar
kepada syarikat konsesi yang berkenaan.
“Sebelum ini, ada syarikat konsesi
yang sudah mengemukan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan
kadar tol berdasarkan ikatan perjanjian, namun kita memutuskan tiada kenaikan
kadar tol kerana tidak mahu membebankan pengguna. Oleh itu, kerajaan perlu
menampung jumlah ganti rugi lebih RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat
konsesi berkenaan. Justeru, pengguna tidak akan menerima kesan kadar tol baru
itu,” katanya pada siding media selepas mempengerusikan mensyuarat Jawatankuasa
Khas Menangani Kos Sara Hidup di Putrajaya semalam.
Katanya, mesyuarat semalam juga
memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh terhadap
konsesi sedia ada sama ada rundingan boleh dilakukan dengan pemilik konsesi
bagi melanjutkan konsesi bertujuan mengelak kadar tol dinaikkan pada masa
depan. Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga bersetuju supaya Kementeria Kerja
Raya mengadakan perbincangan awal dengan syarikat konsesi bagi memastikan
rakyat akan terus menikmati kadar tol berpatutan.
Sebelum ini, syarikat konsesi lebuh
raya di Lembah Klang dilaporkan menghantar permohonan kepada Kementerian Kerja
Raya supaya kadar tol yang dinaikkan disemak semula kerana kadar sedia ada
mendatangkan kerugian kepada syarikat berkenaan dan sembilan daripadanya sudah
disenarai pendek untuk dipertimbangkan. Bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) menegaskan kadar tol bagi semua lebuh raya kekal pada kadar
semasa sementara menunggu keputusan kerajaan berhubung kenaikan kadar tol
berkenaan.
Isu kenaikan kadar tol yang tersebar
sejak akhir tahun lalu itu turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak yang kemudiannya mengarahkan satu perbincangan makmal dilakukan
secara mendalam bagi mengambil kira kaedah terbaik untuk mengurangkan beban
pengguna lebuh raya.
Perbincangan dimaksudkan termasuk
mencari formula dan kaedah terbaik mencapai keseimbangan antara syarikat
konsesi yang perlu membayar semula pinjaman dengan beban pengguna lebuh raya.
Kerajaan sebelum ini terpaksa menanggung kos pampas an yang dibayar kepada
syarikat konsesi bagi penangguhan kadar tol terutama sebanyak RM459 juta bagi
tempoh antara 2008 hingga 2011 selain RM329 juta pada 2012 dan RM343 juta pada
2013.

No comments:
Post a Comment