London
: Seseorang
“gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu melihat diri
sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu. Satu kaji selidik
mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi oleh jenis kenderaan dimiliki.
Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam
lebih menarik, manakala lelaki membawa wanita memandu BMW ‘sports’ sebagai
menawan.
Kaji selidik membabitkan 2,000
wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang
dipandu orang yang dikategorikan menarik. Sehubungan itu, wanita rata-rata
menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32% diikuti
Sports 27%, SUV 16%, Sedan 11%, Hidbrid 9%, Trak UPS 4%, Van 2%. Sementara itu,
jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford 16%,
Chervolet 13% dan Porsche 11%.
Di samping itu, wanita turut
meminati Hitam 53% sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti Perak 16% dan
Merah 13%. Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta
‘sports’ sebagai paling menarik 39% diikuti Sedan 22%, SUV 20%, Pikap 10%,
Hidbrid 6% dan Van 4%. Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika
memandu BMW 16%, Mercedes 14% dan Porsche 10%.
No comments:
Post a Comment