Wednesday, 5 February 2014

‘Bukan Mati Ikut Ilmu Allah’



Kuala Lumpur : “Orang sudah mati tidak akan hidup semula. Apabila roh berpisah daripada jasad, ia akan dibawa kea lam barzakh dan itu adalah fitrah ketentuan Allah. Menerusi kes ‘Tak Jadi Mati’, individu berkenaan barangkali disahkan mati mengikut ilmu doctor tetapi bukan ilmu Allah,” kata penceramah bebas, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa.

          Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar Harian Metro semalam bertajuk mayat hidup semula. Pengamal perubatan Islam, Abdullah nanyan, 62 tahun, menceritakan kisahnya yang ‘mati hidup semula’ selepas disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi, 12 Februari 2012 ketika doktor hampir melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazahnya’.

          Sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Pencagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu Negara selama lebih sebulan kerana mengalami pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.

        Menurut Mohd Fauzi, adalah mustahil orang yang sudah mati kembali hidup semula kerana tidak akan sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya. “Bahkan, roh yang sudah terpisah daripada jasad akan diletakkan di alam barzakh menunggu kiamat seperti yang dinyatakan di dalam Surah Az-Zumar ayat 42,” katanya.

         Malah, katanya, roh orang mati pulang ke rumah juga tidak mungkin berlaku sebab yang balik itu adalah qorinnya (kembar manusia daripada keluarga jin). “Cenderung saya katakana dia belum mati lagi pada ketika itu dan mungkin jantungnya berhenti seketika disebabkan masalah teknikal,” katanya.

No comments:

Post a Comment