Kuantan
: seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) maut apabila motosikal ditunggannya merempuh sebuah kereta di Jalan
Besar, Jengka 12, Maran, malam kelmarin (28 Januari 2014). Dalam kejadian jam
8.40 malam itu, Muhammad Asri Baharuddin,
18 tahun, dari FELDA Jengka 21, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala
dan badan manakala motosikalnya hancur.
Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin
Othman berkata, dalam kejadian itu, mangsa dari arah Bandar Tun Razak dikatakan
mahu ke FELDA Jengka 12 untuk bertemu rakannya.
“Sebaik tiba, Muhammad Asri yang menunggang motosikal berseorangan cuba memotong
kenderaan di depannya, namun gagal sebelum merempuh kereta PROTON Saga dari
arah bertentangan. Berikutan rempuhan itu, mangsa dikatakan tercampak beberapa
meter dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala
dan anggota badan,” katanya di sini, semalam.
Zainalabidin berkata, mayat mangsa
dihantar ke Hospital Jengka, Maran untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh
ahli keluarganya bagi urusan pengebumian. “Pemandu kereta tidak cedera dan kes
disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
No comments:
Post a Comment