Penduduk Buckhead Bimbang Pengaruh Negatif Penyanyi
Popular Merebak
Nampaknya penduduk kaya di Antlanta
tidak berminat berjirankan remaja Kanada yang gemar berlumba ‘drag’ dan
membaling telur ke rumah jirannya seperti Justin Bieber. Penduduk di kejiranan
mewah Buckhead bercadang melakukan protes membabitkan 136 penduduk yang akan
berhimpun seawal jam 6 pagi di luar rumah yang dikhabarkan bakal dibeli bintang
remaja terbabit.
Kediaman dimaksudkan sebuah rumah agam
bernilai AS$11 juta (RM36.2 juta) dengan tujuh bilik yang dibina pada tahun
2010. Khabarnya lokasi rumah itu berhampiran kediaman mentornya Usher.
Kebimbangan penduduk tempatanatas kehadiran Bieber di kawasan perumahan mewah
itu mungkin wajar memandangkan penyanyi terbabit masih disiasat pejabat
Pendakwa Raya Los Angeles bagi kes membedil kediaman jirannya di Calabasas
hujung tahun lalu akibat perselisihan faham.
“Kami
sebagai anggota masyarakat di Buckhead berusaha keras mencapai setiap matlamat
dan impian hidup kami selama ini. Jika Bieber dating ke sini ia pasti membawa
pengaruh negatif terhadap anak-anak kami malah turut menjejaskan komuniti ini
secara am. Pasti ada antara kami bimbang membiarkan anak kami bermain di luar
rumah kerana semua orang tahu mengenai kesnya (Justin Bieber) berlumba ‘drag’
di bawah pengaruh alcohol dan dadah baru-baru ini. Apa jaminan untuk kami yang
dia kini sudah memperbaik perangainya? Tolonglah, jangan biarkan seorang budak
mentah menghancurkan segala usaha kami untuk mencapai impian diusahakn selama
ini. Terima kasih atas sokongan diberikan!”, begitu mesej
laman Facebook bagi acara protes berkenaan.
Menurut laman Facebook Kejiranan
Buckhead mereka ingin ‘melindungi
semngat dan warisan masyarakat Buckhead dengan menghalang sebarang pengaruh
negatif sama ada dari luar atau dalam komuniti.’ Sementara itu, Presiden
Kejiranan Buckhead Sam Massel berkata dia sendiri tidak akan menghadiri protes
itu namun berpendapat penduduk di situ berhak menyuarakan pandangan mereka.
“Pada
saya berpiket sekadar cara orang Amerika meluahkan pandangan mereka. Pada masa
sama, hakikatnya Bieber juga berhak tinggal di mana saja dikehendakinya,”
katanya. Malah, dia juga mengakui dirinya menjadi sasaran penunjuk perasaan ketika
berpindah ke kawasan itu selepas dilantik sebagai Datuk Bandar pada awal
1960-an.
Menurut TMZ, bintang remaja itu memilih
tinggal di Antlanta kerana mahu lebih dekat dengan komuniti hip hop di Antlanta
seperti T-Pain, TI dan Rick Ross. Sementara itu, NBC 11 melaporkan kawasan
kejiranan Buckhead tidak asing dengan golongan selebriti apabila bintang
terkenal lain seperti Janet Jackson dan Elton John turut tinggal di situ malah
dikhabarkan disambut meriah penduduk tempatan ketika berpindah ke sana.
Bieber dilaporkan berada di Antlanta sejak
dua minggu lalu untuk menyiapkan program bersama TI malah memuat naik Tweet
“Kembali berada di rumah kedua saya” tidak lama selepas tiba di situ. Dia kini
menginap di rumah ala angkasa milik penerbit Dallas Austin.
.jpg)




No comments:
Post a Comment